Pada kelas yang keenam ini,banyak ilmu baru yang telah dipelajari oleh saya.Pada kuliah kali ini saya telah didedahkan dengan ilmu bagaimana untuk menggunakan chat box dan meletakkannya dalam blog weebly kepunyaan saya.Melalui chat box ini,saya dapat bersembang dengan rakan-rakan saya berkaitan apa-apa perkara dan kami dapat berkongsi apa-apa ilmu yang bermanfaat di sini dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami…In Shaa Allah…..seterusnya,saya didedahkan dengan ACADEMIA,iaitu satu medium untuk kami sebagai seorang bakal pendidik kelak untuk berkongsi apa-apa bahan dan penulisan dengan semua orang.Misalnya,sekiranya kami ingin berkongsi berkaitan teknik pembelajaran yang berkesan,saya boleh menggunakan akaun ACADEMIA ini untuk memuatnaik fail tersebut dan berkongsinya dengan orang sekeliling.Saya juga dapat mengambil bahan hasil perkongsian individu lain dan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk saya kelak.Melalui ACADEMIA ini,dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berfikiran matang dan aras tinggi kerana setiap bahan yang ingin dikongsikan harus menampakkan kematangan dalam penulisan dan ini dapat melatih diri saya dalam bergelar seorang mahasiswi Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.Nampaknya,setakat ini sahajalah refleksi saya pada kali ini…
Pada kelas tutorial yang kelima,tiada kelas diadakan tetapi kami telah diberi tugasan untuk mencari 20 jurnal dan membuat rumusan berdasarkan jurnal tersebut.Kami diberi tugasan ini secara berkumpulan dan ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang.Kami telah agihkan untuk setiap seorang mencari 5 buah jurnal berkaitan tajuk “youtube dalam pendidikan”.Memandangkan tiada kelas,kami telah membuat perbincangan mengenai pembikinan video kumpulan kami iaitu berkaitan dengan masalah pembuangan sampah dalam kalangan remaja.Kami cuba merancang story board untuk video kami ini dan skrip yang sesuai.Kami ingin menghasilkan sebuah video yang menarik dan dalam masa yang sama dapat memberi teguran kepada yang menontonnya.Setakat ini sahajalah refleksi saya pada kali ini.
Pada tutor yang keempat kami telah diberi pendedahan berkaitan tajuk fotografi.Antara yang telah dipelajari oleh kami ialah berkaitan cara-cara dan teknik-teknik untuk mengambil gambar yang menarik dan bernilai estetik pada pandangan mata yang memandangnya.Antara langkah-langkahnya ialah kita harus memandang subjek pada pandangan mata kita,kita harus menggunakan latar belakang yang plain atau tidak terlalu berserabut dengan benda-benda lain.Pencahayaan dari luar juga akan memberi hasil imej yang sangat menarik dan memberi kesan semulajadi terhadap imej tersebut.Kita juga harus menghampiri imej yang dikehendaki bermula dengan titik tengah. Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas.
Pada sesi tutorial yang ketiga,saya telah mempelajari tentang pembikinan video dan teknik-teknik untuk mengambil gambar dengan pelbagai cara misalnya teknik pencahayaan yang baik dan sebagainya.Ini kerana saya diberi satu tugasan untuk menyediakan mini book yang mempunyai cover dan isi kandungan mengikut minat saya tersendiri.Selain itu,saya diberi pendedahan mengenai senarai tugasan yang perlu diselesaikan oleh saya pada semester ini iaitu saya perlu mengisi blog saya dengan pengisian yang bermanfaat bersesuaian dengan minor yang telah diambil masing-masing.Misalnya saya mengambil minor Bahasa melayu,jadi saya perlu mengisi apa-apa bahan yang berkaitan dengan Bahasa melayu seperti ejaan suku kata,tatabahasa dan sebagainya.Seterusnya kami diberi tugasan untuk membina sebuah model 3D yang boleh membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti.Selain itu,kami dikehendaki menghasilkan sebuah video dengan durasi masa 5 minit.Tajuk video kami ialah bebas dan kami perlu membuat sebuah video yang boleh memberi sedikit manfaat kepada individu lain yang menontonnya.Nampaknya setakat ini sahajalah refleksi saya untuk kali ketiga ini
Pada sesi pembelajaran yang kedua saya didedahkan dengan tajuk “traditional media”. Traditional media terbahagi kepada 3 iaitu printed media,free material dan display surfaces(bahan tayang).Antara contoh traditional media ialah televisyen,whiteboard,LCD,surat khabar dan majalah.Sebagai seorang pendidik kelak kita perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika dikehendaki di kawasan pendalaman dan luar bandar.Ketika menggunakan semua traditional media ini kita harus mengetahui kelebihan dan kekurangan agar proses pembelajaran dan pengajaran kita berjalan dengan lancar.Nampaknya,setakat ini sahajalah refleksi saya pada kali ini
Pada sesi pembelajaran yang pertama saya telah didedahkan dengan aplikasi blog.Sebelum ini saya langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang bagaimana untuk membuat blog dan apa kepentingan sekiranya kita mempunyai blog sendiri.Blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.Ia dapat membantu saya untuk menambah kenalan,berkomunikasi dengan sesiapa sahaja malah ia dapat digunakan unruk pelbagai tujuan.Saya membuat blog menggunakan weebly dan melalui blog ini saya dikehendaki untuk mengisinya dengan refleksi berkaitan hasil pembelajaran berkaitan kursus ini iaitu teknologi pendidikan dan saya harus mengupload tugasan saya di dalam blog ini.Saya juga dikehendaki untuk mencari pengikut yang menyukai blog saya ini dan harus mengisi blog saya ini dengan sesuatu pembacaan yang mendatangkan manfaat kepada setiap yang membacanya dan bukan hanya pengisian yang tidak mempunyai input apa-apa.Melalui blog ini dapat membantu saya untuk meluahkan dan berkongsi apa yang bermain di pemikiran saya di samping dapat lebih mematangkan diri saya dalam membuat sebarang penulisan.Ini sahajalah refleksi saya pada kali ini.
|